Untuk post kali ini,saya ingin mengulas sedikit tentang ebook percuma yang saya telah download dan baca baru-baru ini iaitu Ebook Idea Newbie yang dikarang oleh Aizat Kamal.

Ebook Idea Newbie terbahagi kepada tiga bahagian yang mempunyai sub-topik yang berlainan iaitu "Idea-Idea Perniagaan",  "Asas Perniagaan Internet" dan "Contoh Laman Web dan Perniagaan". Saya akan kupaskan satu persatu didalam post ini.

1)Ebook Idea Newbie : Idea-Idea Perniagaan

Didalam sub-topik ini, Aizat cuba menggalakkan pembaca untuk memanipulasi hobi dan minat tersendiri kepada perniagaan. Aizat juga memberi beberapa contoh hobi dan minat beserta idea memanipulasi hobi pembaca kepada perniagaan yang boleh dipasarkan di internet iaitu ebook & video, produk fizikal, perkhidmatan dan prospek. Aizat kupaskan sehingga 30 contoh hobi dan minat yang harus anda baca.

2)Ebook Idea Newbie : Asas Perniagaan Internet

Didalam sub-topik ini, Aizat cuba menekankan tujuh perkara asas perniagaan internet, bermula dari mencipta produk sehingga mempromosikan produk. Walaupun penerangan Aizat agak ringkas dan tidak merangkumi bahagian-bahagian teknikal, tetapi pembaca dapat mengetahui apa asas-asas untuk memulakan perniagaan internet.

3)Ebook Idea Newbie : Contoh Laman Web dan Perniagaan

Aizat menyenaraikan contoh-contoh laman web yang memanipulasi hobi dan minat kepada perniagaan beserta alamat laman web tersebut. Anda pasti akan mendapat idea serba sedikit tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan internet sendiri dengan menjadikan laman web lain sebagai rujukan.

Komen: Aizat berjaya membuka mata saya untuk menggunakan hobi dan minat saya untuk dijadikan perniagaan. Akan tetapi, ebook ini pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya Aizat menerangkan bahagian-bahagian teknikal seperti membina minisite dan mempromosi laman web di dalam sub-topik kedua iaitu "Asas Perniagaan Internet".

Saya pasti kebanyakan pembaca ebook ini pasti seseorang yang tidak ada pengalaman membina website. Sekiranya Aizat dapat menerangkan secara terperinci tentang hal teknikal tersebut, pasti ebook ini menjadi rebutan ramai newbie-newbie yang ingin menceburi dalam perniagaan internet beserta mendapat satu lagi bintang di kolum review saya ini.

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan asas-asas untuk memulakan perniagaan internet beserta idea-idea untuk memanipulasi hobi kepada perniagaan, saya sarankan untuk membaca Ebook Idea Newbie. Anda boleh dapatkan ebook ini secara percuma di  http://www.ideanewbie.com dengan memberikan nama dan email anda.

Rating:   daripada 5 bintang.

Selamat membaca,


Adakah anda masih lagi bermasalah untuk menggunakan blogger sebagai platform blog anda yang pertama? Pagi ini,saya telah bertemu dengan satu blog yang agak lengkap mengenai membina blog dengan blogger.

Terima kasih kepada bro Calipso yang dapat mencurahkan ilmu ke blog beliau tentang bagaimana untuk mengendalikan blog di blogger.com. Di blog tersebut, anda dapat belajar bagaimana untuk mendaftar di blogger.com dan segala hal-hal teknikal berkaitan mengendalikan blog. (ada antaranya,saya sendiri tak reti.hehe)

Jadi, saya disini menyarankan anda untuk melawat blog beliau untuk belajar tentang mengendalikan blog di blogger.com. Sekiranya ada masalah, jangan segan-segan contact Calipso di talian 01*-******* . (hehe)

Sila lawat blog Calipso di SINI, dan belajar mengendalikan blog sekarang. Memandangkan blog Calipso dah banyak panduan mengendalikan blog, saya akan teruskan dengan cara membuat duit dengan blog di post akan datang. 

Jumpa lagi di post akan datang.

Post kali ini adalah untuk mengajar anda cara memasukkan gambar dalam blog. Jika anda belum mempunyai blog, sila baca post saya di SINI untuk membina blog anda yang pertama.

Dengan memasukkan gambar kedalam post, setiap post anda akan kelihatan lebih menarik untuk dibaca. Sekiranya anda menggunakan blog untuk mempromosikan barang yang anda jual, produk anda mempunyai daya tarikan kepada pembeli untuk membeli produk anda.

Cara-cara untuk memasukkan gambar ke dalam post blog blogger.com adalah: 

1) Login akaun blogger anda.

2) Klik pada tab Posting --->Create

3) Cari icon  dan satu window baru akan keluar.

4) Jika anda ingin upload gambar dari computer anda,sila tekan butang choose.

5) Bila anda sudah pilih fail gambar yang ingin diuploadkan,tekan butang upload berwarna oren.

6) Apabila sudah siap upload,sila tengok ruang taip post anda. Gambar akan ada disitu.

Sekian untuk kali ini,harap post ini dapat membantu. Jumpa lagi di post akan datang.


Anda sudah mempunyai blog sendiri? Jika sudah,baguslah. Jika belum, anda mungkin ingin baca post saya yang lepas di sini.

Post untuk kali ini saya ingin berkongsi mengenai template blogger percuma. Sebenarnya terdapat banyak template untuk blogger yang dikongsikan oleh pengguna internet seluruh dunia. Tetapi saya ingin sarankan satu website yang saya sendiri menggunakan template dari situ.

Website yang saya maksudkan adalah http://www.eblogtemplates.com

Website tersebut mempunyai berpuluh-puluh template untuk blogger dan wordpress, termasuk yang percuma dan berbayar. Template-template percuma yang dikongsikan sangat-sangat berkualiti. Walaupun anda dapat menggunakan template tersebut tanpa sebarang bayaran, anda dinasihatkan agar tidak memadam kredit kepada pencipta template tersebut yang berada di footer blog. 

Sudah ada template yang berkenan di hati anda? Anda perlu register sebagai ahli secara percuma di website tersebut sebelum anda dapat download template yang anda inginkan. Apabila sudah siap register, klik butang download untuk mendapatkan template yang anda inginkan.

Bagaimana cara untuk memasang template blogger percuma tersebut ke blog anda?

Anda akan dapati file yang anda download adalah dalam format xml. Jadi,saya sediakan langkah-langkah untuk anda menggunakan template tersebut ke dalam blog anda.

1) Login akaun blogger anda.

2) Bukak dashboard blog yang anda ingin pasangkan template percuma tersebut.

3) Klik pada tab Layout ---> Edit HTML .

4) Klik pada butang choose... di ruangan Backup/Restore template.

5) Satu windows baru akan keluar, pilih fail xml yang anda download tadi.

6) Klik pada butang upload.

7) Selesai. Klik pada "View Blog" untuk melihat hasilnya.

Diharap dengan post kali ini dapat membantu anda memasang template blogger. Jumpa lagi di post akan datang.

Anda masih belum ada blog sendiri? Blog dapat digunakan sebagai diari peribadi, untuk berkongsi ilmu malah untuk ianya juga dapat dijadikan alat bantuan untuk mempromosikan bisnes anda.

Di bawah adalah senarai website yang menyediakan perkhidmatan blog percuma,anda dapat pilih yang mana anda rasakan senang untuk dikendalikan oleh anda. Secara peribadi, saya sukakan blog percuma yang disediakan oleh blogspot.com kerana blogspot.com memberi peluang kepada penggunanya untuk menjana wang dengan menggunakan blog percuma. Setahu saya, blog percuma di wordpress.com tidak dapat digunakan untuk menjana pendapatan iklan. 

Apa yang anda akan dapat dengan blog percuma?

Anda akan dapat sebuah blog yang menggunakan sub-domain. Seperti blog yang anda sedang baca sekarang www.teknikduitinternet.blogspot.com (nama teknikduitinternet adalah subdomain kepada blogspot.com) 

Kepada anda yang ingin sebuah blog menggunakan domain dot com (.com),saya akan sediakan satu post tutorial di masa akan datang. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membinanya, hubungi saya dan saya dapat bantu anda dengan bayaran yang berpatutan.

Antara website-website yang masih menyediakan perkhidmatan blog percuma:

1) http://www.blogger.com

2) http://www.wordpress.com

3) http://www.blog.com

4) http://www.blogr.com

5) http://www.multiply.com

Sumber tambahan sila ke: http://mashable.com/2007/08/06/free-blog-hosts/

Untuk bacaan tambahan berkenaan membina blog dengan blogger.com, saya sarankan anda pergi ke http://hubpages.com/hub/Panduan-percuma-bina-blog-dengan-BloggerCom-A-Z untuk mendapatkan "Panduan Bina Blog dengan Blogger.com" secara percuma. Kredit untuk saudari smartho18 kerana berkongsi panduan tersebut.

Selamat membina blog anda. Jumpa lagi di post yang akan datang.